Profil Dr. Ilias Zaidi (Ph.D.)


Dr. Ilias @ Illias Bin Zaidi, Ph.D., PJK, BCM

Berasal dari Parit (2) Chikus, Teluk Intan, Perak dan kini menetap di Gombak, Selangor. Mendapat pendidikan awal di sekolah dan telah melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Pertama, Ijazah Kedua hingga mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya.

Setelah tamat pengajian tinggi, beliau telah menyertai bidang kewartawanan dan bekerja di Utusan, BERNAMA dan meletakkan jawatan sebagai seorang wartawan dan menjadi pensyarah pula di UiTM. Kini beliau telah berusia 66 tahun dan telah bersara sebagai seorang pensyarah dan ahli akademik. Namun begitu, beliau tidak pernah bersara sebagai seorang pendidik. Perjuangan belum selesai lagi, kini beliau telah menyertai "Score A Programme™" pula untuk bersama-sama memajukan dan memartabatkan pendidikan anak bangsa.


Latar Belakang Pendidikan:

B.A. Hons (Komunikasi) Kelas Pertama, Universiti Malaya
M.A (Komunikasi dan Sastera), Universiti Malaya
Ph.D. (Komunikasi, Sastera, Pemikiran Islam dan Sastera), Universiti Malaya



Pengalaman Kerja:

Sebelum menjawat sebagai seorang pensyarah (Assoc. Professor) di UiTM, beliau pernah menjadi wartawan di Syarikat akhbar Utusan dan BERNAMA. Setelah bersara kini beliau menyertai Score A Programme™ sebagai seorang pakar runding pembelajaran secara talian (eLearning Consultant).

Wartawan Utusan (1968 - 1969)
Wartawan Bernama (1969 - 1986)
Pensyarah di UiTM, Shah Alam (1987 - 1990)
Pensyarah di UiTM, Melaka (1990 - 2003)
Perunding Score A Programme™ (2010 - Sekarang)



Penulisan:

Dalam tempoh 40 tahun, Dr. Ilias Zaidi telah menghasilkan sebanyak 230 judul buku, khusus kepada buku bimbingan untuk pelajar sekolah dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Selain itu beliau merupakan pengkritik kritikal, penganalisis berwibawa dan juga merupakan seorang penulis novel dan buku yang prolifik.


Anugerah Kecemerlangan:

Pingat Jasa Kebaktian (PJK), oleh DYMM Sultan Pahang
Bintang Cemerlang Melaka (BCM), oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka
Pingat Emas Pelajar terbaik UM (1984)
Hadiah Kritikan Sastera Malaysia (1976)
Penulis Rencana Bernama (1979)
Penulis Dewan Masyarakat (1980)
Wartawan Tahunan (1980)
Penulis Kritikan Anugerah Utusan (1997)
Cerpenis Anugerah Utusan (1998)



Beberapa Hasil Penulisan dan Karya Beliau:

1. Penulisan Karangan dan Surat Kiriman UPSR (16 Kali Cetakan) sejak 1990.
2. Sistem Tatabahasa UPSR, 2007
3. Karangan Bahasa Melayu PMR, 2007
4. Karangan SPM, 2000
5. Pengajian AM STPM



Projek Penulisan 2010 Yang Akan Diterbitkan:

1. ULAMA: Pelopor Gerakan Massa
2. Catatan Datukku (Novel Remaja Berunsur Islam)
3. Novel-novel Berunsur Islam (1900 - 2000)
4. A. Samad Ismail (Novelist Sepanjang Zaman)

Score A Programme on Facebook